Friday 7 June 2013

Resepi Nasi Goreng Ikan Masin


Resepi Nasi Goreng Ikan Masin


 

Pengenalan

 

Resepi Nasi goreng ikan masin dikatakan muncul dari kebudayaan Cina sekitar 4000 SM, yang tidak suka memakan makanan dingin atau membuang makanan yang tidak habis. Oleh sebab itu, nasi dingin itu digoreng bersama ikan masin dan dihidangkan kembali. Hidangan ini tersebar ke Indonesia dahulu sebelum ke Malaysia dan Singapura. Nasi goreng ikan masin juga popular di Jepun.

Resepi nasi goreng ikan masin ini amat mudah untuk disediakan kerana bahan-bahan yang diperlukan tidak banyak. Selalunya nasi goreng ni sayurnya sama ada kailan atau kangkung. Ikan tenggiri juga kerap digunakan untuk hidangan ini.  Makanan ini biasanya disediakan apabila kita kekurangan masa atau sibuk. Masa yang diambil untuk menyediakan nasi goreng ikan masin yang sempurna ialah lebih kurang 20 minit sahaja.

Sebelum ini, saya berpendapat nasi goreng ikan masin berasal dari kepulauan Melayu. Rupa-rupanya nasi goreng berasal dari China.

Nasi goreng adalah satu komponen penting dari masakan tradisional Tionghoa, Indonesia. Menurut catatan sejarah, ia sudah mula ada sejak 4000 SM. Nasi goreng kemudiannya tersebar ke Asia Tenggara melalui pedagang-pedagang Tionghoa. Mereka mencipta nasi goreng khas berdasarkan perbezaan ramuan-ramuannya dan cara menggoreng.

Nasi goreng sebenarnya muncul dari beberapa sifat dalam kebudayaan Tionghoa yang tidak suka makanan dingin dan juga membuang sisa makanan. Oleh sebab itu, nasi yang dingin itu digoreng dan dihidangkan semula.

Nasi goreng juga dikenali sebagai hidangan khas di Malaysia. Ada berbagai macam resepi nasi goreng yang sudah berevolusi seperti nasi goreng kampung,nasi goreng USA,nasi goreng belacan,nasi goreng ikan masin,nasi goreng pattaya dan lain-lain. Walaupun nasi goreng mempunyai pelbagai jenis, nasi goreng ikan masin mempunyai keunikan tersendiri.


Hidangan ini boleh didapati di kebanyakan restoran Melayu di Malaysia kerana sambutannya hangat daripada semua kaum. Resepi nasi goreng ikan masin ini ditulis secara ringkas dan mudah untuk difahami supaya hidangan ini boleh dicuba oleh peminat nasi goreng.



Bahan-bahan

 

1)   nasi (2 cawan )

2)   ikan masin (2 keratan)(tumis)

3)   cili padi*

4)   cili merah*

5)   bawang putih*

6)   bawang besar(1 ulas)

7)   serai (3 batang )

8)   halia muda (1 inci )

9)   kacang panjang (2 batang )*

10)   telur (1 biji)

11)   marjerin (1 sudu teh )

12)   lada hitam (1/2 sudu teh )

13)   Minyak

14)   Garam

15)   Gula

*Potong mengikut kesesuaian

Cara-cara

 
1.  Panaskan marjerin dan minyak

2.  Goreng ikan masin hingga garing

3.  Masukkan kesemua cili, bawang, lada hitam, kacang panjang dan serai.

4.  Pecahkan telur dan gorengnya di kuali lain

4.  Masukkan nasi dan goreng hingga warnanya bertukar emas-emasan(garing).

5.  Perasakan nasi goreng dengan gula dan garam yang secukupnya.

6.  Satukan telur dan nasi goreng untuk dihidangkan



Itu sahaja untuk menyediakan nasi goreng ikan masin yang enak. Hidangan ini amat mudah untuk dibuat semasa kesuntukan masa atau sibuk. Sudah pasti nasi goreng ikan masin akan menjadi makanan kegemaran seisi keluarga. Dengan ini, anda tidak perlu ke restoran untuk menikmati hidangan ini. Tambahan pula, boleh jimat duit dan masa. Harap-harap resepi ini dimanfaatkan oleh semua.


Selamat mencuba.